Kupang di Port Dickson dicemari biotoksin berbahaya, tidak selamat dimakan – DOF

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menerusi kenyataannya pada Khamis memaklumkan hasil analisis makmal yang dijalankan oleh makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur terhadap sampel air dan kupang di perairan Port Dickson mengesahkan telah dicemari biotoksin berbahaya dan tidak selamat dimakan.

Katanya, analisis yang telah dijalankan itu, mendapati terdapat alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia.

Menurut kenyataan itu lagi, DOF akan meneruskan pemantauan berterusan dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurang dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan.

Pada 2 April lalu, Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Harlina Abdul Rashid telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan, terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal berlaku di Port Dickson.

Kesemua kes mengalami gejala sakit kepala, kebas tangan dan kaki, serta lemah otot manakala dua kes dimasukkan ke ICU kerana mengalami gejala yang lebih teruk iaitu paralisis.

Susulan itu, DOF telah mengambil tindakan awal dengan mengeluarkan larangan sementara kepada penternak kupang bagi menjual, mengutip dan mengeluarkan kupang ternakan samada melalui sistem panggar atau pancang. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat