AI bagaikan ‘tsunami’ kepada pasaran buruh global -IMF

- Advertisement -

ZURICH- Gelombang kecerdasan buatan (artificial intelligence – AI) dijangka akan memberi kesan yang besar kepada pasaran buruh global seperti ‘tsunami’.

Menurut Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, kecerdasan buatan berkemungkinan memberi kesan kepada 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Georgieva dalam satu acara, di Zurich pada Isnin.

“Kita mempunyai masa yang sangat terbatas untuk membolehkan orang ramai dan sektor perniagaan bersiap sedia menghadapinya (AI).

“Ia boleh membawa peningkatan yang luar biasa dalam produktiviti jika kita menguruskannya dengan baik, tetapi ia juga boleh membawa kepada lebih banyak maklumat salah dan sudah tentu, lebih banyak ketidaksamaan dalam masyarakat kita,” katanya semasa berucap pada acara anjuran Institut Kajian Antarabangsa Switzerland, yang berkait rapat dengan Universiti Zurich.

Georgieva berkata, ekonomi dunia menjadi lebih terdedah kepada kejutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memetik pandemik global pada 2020 serta peperangan yang tercetus di Ukraine.

Walaupun menjangkakan lebih banyak kejutan, terutamanya disebabkan oleh krisis iklim, namun, ia tetap menunjukkan ketahanan yang luar biasa, katanya.

“Kita tidak berada dalam kemelesetan global,” kata Georgieva yang turut menerima cemuhan oleh penunjuk perasaan yang menggesa tindakan terhadap perubahan iklim dan menangani hutang dunia yang sedang membangun.

“Tahun lepas terdapat kebimbangan bahawa kebanyakan ekonomi akan tergelincir ke dalam kemelesetan, namun, itu tidak berlaku.

“Inflasi yang melanda dengan sangat kuat sedang menurun, hampir di semua tempat,” jelas beliau lagi.

Pengerusi Bank Negara Switzerland (SNB), Thomas Jordan, yang turut berucap pada majlis itu, berkata, usaha menangani inflasi di Switzerland kini jauh lebih ke hadapan.

Inflasi di negara itu meningkat kepada 1.4 peratus pada April, bulan ke-11 berturut-turut kenaikan harga berada dalam julat sasaran 0-2 peratus, kata SNB.

“Tinjauan untuk inflasi adalah lebih baik. Nampaknya untuk beberapa tahun akan datang, inflasi mungkin benar-benar berada dalam julat kestabilan harga yang sama. Tetapi terdapat banyak ketidakpastian,” kata Jordan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat