Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa ditutup hari ini berikutan pandangan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell mengenai kadar faedah.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7050/7075 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 semasa ditutup pada Selasa.

Powell pada Selasa membayangkan keputusan kadar faedah bank pusat AS yang seterusnya tidak mungkin kepada kenaikan selepas pengumuman Indeks Harga Pengeluar AS yang lebih tinggi berbanding jangkaan pada April, iaitu peningkatan 2.2 peratus tahun ke tahun.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang serantau turut memperlihatkan trend sama apabila terus meningkat berbanding dolar AS.

“Walaupun tempoh penurunan kadar kekal menjadi perbincangan terbuka, sekurang-kurangnya kita boleh mengelak kenaikan kadar oleh Fed.

“Persoalannya adalah berapa lama Fed akan mengekalkan pendirian monetarinya yang terhad, dan sama ada ia akan berjaya membawa kadar inflasi ke arah sasaran dua peratus,” katanya kepada Bernama.

Pasaran kemudiannya akan memantau pengumuman Indeks Harga Pengguna AS malam ini dan data ekonomi Malaysia pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.0189/0207 daripada 3.0161/0182 semasa ditutup pada Selasa, susut berbanding pound Britain kepada 5.9391/9423 daripada 5.9158/9195 semalam, dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0941/0968 daripada 5.0900/0932 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4873/4894 daripada 3.4848/4873 semasa ditutup pada Selasa dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 293.5/293.8 daripada 292.7/293.3 sebelumnya.

Ia turut berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8735/8867 daripada 12.8596/8730 semalam dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.19 daripada 8.15/8.16. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat