Titah adendum: Pihak luar usah buat kenyataan curiga, tunggu keputusan mahkamah – Haniff Khatri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam, Haniff Khatri Abdulla menegaskan semua pihak tidak sepatutnya campur tangan dengan membuat kenyataan mengenai permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum.

Menurut Haniff, kenyataan-kenyataan berkait kes tersebut boleh menimbulkan kecurigaan atas kredibiliti keputusan mahkamah kelak.

“Dari sudut kedaulatan undang-undang kesemua pihak yang tidak terlibat secara langsung dalam (kes ini) wajar menunggu keputusan mahkamah dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kecurigaan.

“Apatah lagi apabila orang yang membuat kenyataan berkenaan adalah Perdana Menteri iaitu ketua kerajaan yang terbabit secara langsung dan tidak langsung berkaitan isu Titah Adendum berkenaan,” katanya dalam rakaman video yang dikongsi di Facebooknya.

Haniff berkata demikian mengulas mengenai dua kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Titah Adendum yang dikatakan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 supaya Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.

Haniff berkata, dalam kenyataan pertama pada 21 April lalu pada Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-25, Anwar menyatakan dengan ringkas antara lain bahawa Titah Adendum perlu dibincang dan ditentukan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan tidak boleh ada mana-mana keputusan pengampunan di luar mesyuarat.

Menurutnya, menerusi kenyataan kedua mengenai perkara itu dalam satu wawancara bersama Bloomberg pada Forum Ekonomi Qatar di Doha pula, Anwar dilapor berkata beliau berpandangan bahawa Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.

“Sebenarnya terdapat dua persoalan dari kenyataan tersebut, yang pertamanya siapakah Anwar untuk membuat kenyataan berkaitan isu pengampunan diraja berkait Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan sedangkan Perdana Menteri bukan ahli Lembaga Pengampunan.

“Bukankah itu seolah-olah menunjukkan ketua kerajaan tidak faham dan tidak menghormati konsep dan tanggungjawab institusi yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” dakwanya.

Dakwanya lagi, kedua-dua kenyataan Perdana Menteri itu juga boleh membuatkan rakyat berfikir bahawa kerajaan sebenarnya tahu dan yakin bahawa Titah Adendum tersebut wujud.

“Sama ada titah berkenaan sah atau tidak, ia persoalan yang berbeza tapi bukankah soal Titah Adendum itu wujud atau tidak sedang menunggu keputusan yang ditetapkan pada 5 Jun depan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat