UPSI Buat Laporan Polis Terhadap Malaysiakini

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan laporan yang dikeluarkan kononnya sekumpulan pelajar dari fakulti muzik diarahkan membuat latihan untuk persembahan bagi menyambut lawatan menteri.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran tiada sebarang persembahan mahupun latihan dilakukan bagi tujuan lawatan tersebut.

“Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan dakwaan yang tersiar dalam Malaysiakini yang menyatakan bahawa lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad pada petang ini melibatkan ramai orang dan mempunyai persembahan.

“Pada peringkat awal UPSI merancang untuk pelajar membuat persembahan, namun setelah merujuk dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) maka hanya empat orang sahaja kalangan pengurusan tertinggi termasuk Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bertemu Dr Noraini di Pusat Pelajar.

“Selain itu empat pegawai KPT turut mengiringi lawatan tersebut,” katanya.

Tidak berlaku sebarang persembahan seperti yang ditularkan bahawa lebih 20 pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan akan hadir pada satu majlis,” ujarnya melalui satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi.

Dr Mohammad Shatar turut memaklumkan satu laporan polis telah dibuat terhadap portal tersebut.

“Sehubungan itu Presiden Persatuan Akademik (PEKA) UPSI, Prof Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah dan Presiden Kesatuan Pegawai Am (KPA) UPSI, En Saiful Lizan Mohd Lajis membuat laporan polis menyangkal bahawa persatuan mereka menyuarakan rayuan kepada Menteri supaya menangguhkan lawatan ke UPSI seperti yang tersiar dalam Malaysiakini hari ini.

“UPSI sentiasa memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dilaksanakan sebaik mungkin di sekitar dua kampus iaitu Kampus Sultan Azlan Shah dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,” ujarnya lagi.

Portal Malaysiakini sebelum ini melaporkan hampir 20 orang pelajar telah diarahkan untuk membuat latihan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikeluarkan 18 Mac lalu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat