Tiada lagi perpaduan kaum jika orang Melayu dikeluarkan dari bandar – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Pembaharuan bandar perlu dilakukan tetapi caranya bukanlah dengan mengeluarkan orang Melayu dari bandar.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya Malaysia mengambil sampel pembaharuan bandar yang diguna pakai Singapura maka jumlah orang Melayu dalam bandar akan kurang dan pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu di negara ini akan jadi lebih luas.

“Dalam perancangan pembaharuan ini Singapura diambil sebagai contoh. Apa yang dilakukan oleh Singapura ialah mengambil alih semua kampung-kampung Melayu dan membangunkan pangsapuri mewah.

“Penduduk kampung diagihkan di antara pangsapuri di tempat-tempat lain secara berkecamuk. Orang kampung Melayu tidak lagi hidup bersama. Mereka ditenggelamkan ke dalam perumahan yang majoriti bukan Melayu. Dengan ini kuasa politik orang Melayu terjejas.

“Perkara yang sama akan berlaku jika contoh Singapura ini ditiru. Jumlah orang Melayu dalam bandar akan kurang dan pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu di negara ini akan jadi lebih luas.

“Dengan orang Melayu hidup terpencil di luar bandar segala kemudahan bandar akan terus tidak dinikmati oleh mereka dan perpaduan kaum tidak akan berlaku,” jelas beliau.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, apabila penduduk miskin dikeluarkan, pembaharuan tentu jenis yang mewah.

“Si miskin tidak mampu sewa atau beli flat yang harganya tinggi. Maka berkuranglah penduduk Melayu dalam bandar.

“Usaha Tun Razak untuk perbanyakkan orang Melayu dalam bandar akan terhapus. Bandar akan jadi tempat orang bukan Melayu,” ujar beliau.

Menurut bekas Presiden Umno itu lagi, bandar-bandar lama di semua negara tetap memiliki kawasan yang buruk, dipenuhi setinggan dan orang yang miskin.

“Kuala Lumpur dan kebanyakan bandar di Malaysia juga begitu. Dan biasanya kawasan setinggan dan yang miskin sudah jadi buruk dan hodoh. Kawasan-kawasan ini perlu dibaharui.

“Di Kuala Lumpur penduduk kawasan-kawasan ini majoriti adalah orang Melayu. Untuk membaharui kawasan ini yang perlu keluar majoriti adalah Melayu,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat