KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar Syed Sadddiq Syed Abdul Rahman hari ini menghadiahkan dua pasang baju Melayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen.
Dalam pertemuan santai dan bersahaja itu, Syed Saddiq memberikan baju Melayu biru muda dan merah jambu kepada Perdana Menteri gara-gara sering mengusik beliau di Dewan Rakyat.
“Datuk Seri, seperti dijanjikan dua pasang baju Melayu, ini warna kegemaran Datuk Seri, warna biru PKR sepasang lagi warna pink,” kata Saddiq.
Anwar berseloroh dengan memberitahu Saddiq, beliau mahu pelakon Bella Astillah berdiri di sebelahnya.
“Tapi Bella kena ada sebelah,” usik Anwar.
Bagaimanapun Saddiq membalas, “Allah, jangan kacau, kasi chance Datuk Seri”.
Anwar berkata, beliau hanya bergurau sambil bertanya khabar Saddiq.
Perdana Menteri yang kelihatan sangat gembira dan teruja dengan hadiah baju Melayu itu sambil memaklumkan kepada Saddiq bahawa ada netizen yang komen, bertanya adakah beliau tidak ada baju lain kerana sering memakai baju sama.
“Ada orang komen, dia kata tak da baju lain ka? Ha ini ada juga,” ucapnya gembira.
Anwar sempat bergurau dengan bertanya status hubungan Saddiq dengan Bella Astillah.
“So bila ada? dah siap dah? tanya Anwar.
Saddiq berkata, “Kita doakan je lah Datuk Seri, don’t worry kalau ada apa-apa you be the one who first know”.
Anwar bertanya lagi “belum lagilah?”
Saddiq membalas, “lapor terus masuk media, habis saya kena marah”.