PM harap polemik 3R tidak lagi berulang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R raja, bangsa, dan agama hanya akan menggugat keharmonian negara tidak seharusnya berulang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar mengelakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan, serta mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang dalam hidup bermasyarakat.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri juga menekankan kepentingan seluruh rakyat untuk mendakap kemas prinsip Rukun Negara selaku asas perpaduan yang harus dihayati dan diamalkan untuk kita bersama mempertahan keharmonian serta menolak usaha dan tindakan yang boleh memecah belah perpaduan nasional.

“Isu 3R yang menjadi tumpuan ketika ini susulan tindakan pihak tertentu yang telah menyinggung sensitiviti penganut agama lain.

“Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang,” katanya ketika menyampai Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa.

Hari ini, tular di media sosial tindakan tiga penyampai radio stesen milik Astro, Era FM dilihat seolah-olah mempersendakan upacara agama lain dalam segmen kendalian mereka.

Penyampai radio berkenaan kemudiannya membuat permohonan maaf berhubung tindakan mereka menyinggung sensitiviti kaum di negara ini.

Susulan ketegangan berkenaan, Astro Audio merehatkan tiga penyampai Era FM, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin susulan kontroversi dicetuskan yang didakwa mempersenda upacara agama Hindu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat