“Kami tak berganjak sokong Anwar, tidak akan kosong kerusi”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu tidak menggugat sokongan enam Parlimen parti itu yang disifatkan ‘belot’ kerana berpaling tadah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Labuan,Datuk Suhaili Abdul Rahman menegaskan, sokongan beliau terhadap Anwar tidak berubah malah menganggap pindaan Perlembagaan Bersatu sebagai berniat jahat dan retrospektif.

“Sebenarnya, pindaan Bersatu ini tertakluk kepada kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

“Ia akan dinilai sama ada mereka yang sudah mengisytiharkan sokongan sebelum pindaan dibuat dan kalau retrospektif bermakna pindaan ini berniat jahat.

“Jadi saya tidak fikir RoS akan lulus (pindaan),” ujar beliau.

Justeru sebagai penegasan, Suhaili mengulang pendirian bahawa sokongannya terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri tidak terusik.

“Kalau sekiranyalah kami ditanya apakah kami menyokong (Anwar) setelah dibuat pindaan? Jawapan kami tetap bahawa kami menyokong kerana sokongan diisytiharkan sebelum pindaan.

“Jadi kalau itu dianggap melanggar parti maka kita tunggulah keputusan Speaker Parlimen dan juga mahkamah ia tidak selesai hanya kerana terus mahu adakan Pilihan Raya Kecil (PRK),” kata Ahli Parlimen Labuan itu lagi.

Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada Sabtu lalu, meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian bagi ahli Parlimen yang menyokong pihak lawan.

Pindaan berkenaan melibatkan tambahan tiga perkara baharu dalam Fasal 10 Perlembagaan Bersatu.

Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) juga bertegas bahawa sehingga ke hari ini mereka berenam masih lagi kekal dengan keahlian Bersatu dan konsisten untuk terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Tapi soal yang kita dapat iaitu daripada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengatakan akan menghantar surat kepada enam wakil rakyat berkenaan termasuk saya. Jadi saya akan menunggu surat tersebut kerana kita mengalu-alukan sebarang surat sama surat tunjuk sebab ataupun apa-apa surat tindakan kepada kami.

“Sekiranya kami didapati bersalah kerana jelas dalam Perlembagaan parti yang sebelum ini termasuklah Perkara 10 yang kurang dijelaskan berkenaan dengan atau tidak relate dengan Akta Anti Lompat Parti.

“Jadi merujuk kepada Perkara 49 (a) Perlembagaan Persekutuan Akta Anti Lompat Parti, saya tak nampak dan saya pun telah rujuk kepada peguam kami semua tidak ada kaitan langsung antara isu Akta Anti Lompat Parti 49 (a) dengan apa yang dibentang dalam Perkara 10.

“Maka kami akan menunggu sebarang surat daripada parti Bersatu dan setelah kami mendapat surat tersebut kami akan merujuk kepada peguam kami.

“Dari situ apa pun keputusan kami akan tetap konsisten dengan sokongan kami kepada Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Secara kesimpulannya, Azizi berkata, mereka berenam tidak nampak apa yang telah dibentangkan ataupun usul yang dibawa dalam mesyuarat Agung Khas Bersatu itu boleh ganggu-gugat kedudukan mereka sebagai ahli Parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pula merasakan bahawa pindaan ini sebenarnya tak boleh diluluskan oleh RoS.

“Dan kalau diluluskan, atau apa saja berlaku saya tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen sehinggalah mahkamah membuat keputusan.

“Saya sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang bersama-sama dengan rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada Perdana Menteri ke-10 dan bertekad tidak akan meletakkan jawatan dan akan cabar di mehkamah apakah pindaan ini boleh dipakai ataupun tidak maka mahkamahlah yang akan menentukan apa yang akan berlaku selepas ini,” tegas beliau.

Beliau turut mendedahkan, Bersatu selaku juga pembangkang juga berusaha untuk memujuk dan memanggil serta berbincang dengan ahli-ahli Parlimen kerajaan untuk menyokong pembangkang menumbangkan kerajaan.

Dakwa Syed Abu Hussin, setelah tempoh setahun berlalu usaha-usaha yang mereka buat ini sia-sia.

“Sepatutnya semua ahli Parlimen ingin bangunkan kawasan masing-masing.

“Jadi kami yang berenam ini ialah ahli-ahli Parlimen yang memikirkan soal pembangunan dan membela pengundi-pengundi di kawasan kami dan juga kemudahan-kemudahan.

“Dengan pindaan perlembagaan ini, saya merasakan bahawa berakhirlah sudah usaha-usaha lobi melobi ataupun memindahkan sokongan kepada yang lain. Cuma saya rasa agak dukacita kerana tidak beri peluang kepada ahli Parlimen pembangkang yang merasai bahawa kesusahan yang mereka hadapi untuk membantu rakyat, ketidakcukupan peruntukan untuk membantu rakyat.

“Jadi berilah peluang kepada mereka untuk memberikan sokongan kepada pm dan mereka dapat sama-sama membantu kerajaan stabilkan politik dan dapat memacu ekonomi negara secara keseluruhan pindaan ini kena dibawa ke RoS,” ujarnya.

Manakala, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) berkata, pindaan Perlembagaan Bersatu itu tidak terikat dengan Akta Anti Lompat Parti.

“Sekiranya parti Bersatu bertindak lebih daripada 10.4, 10.5, 10.6 ini saya akan serahkan kepada peguam untuk melihat, menilai dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat