Masyarakat perlu sentiasa hormat menghormati dan bertolak ansur – PM Anwar

- Advertisement -

AUSTRALIA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat berbilang agama dan kaum perlu sentiasa menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk hidup sebagai sebuah komuniti.

Anwar memberi contoh bagaimana negara Australia menghormati komuniti Islam di negara itu dalam kalangan masyarakatnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Kolej Hatta, di sini.

“Masyarakat berbilang kaum dan agama perlu sentiasa menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk hidup sebagai sebuah komuniti.

‘Gesaan itu saya tekankan sewaktu berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Kolej Al-Taqwa seraya diapit Azizah dan delegasi Malaysia.

“Hatta, dunia boleh menjadikan Australia sebagai contoh untuk menghormati komuniti minoriti Islam di negara itu dalam kalangan masyarakatnya.

“Sebelum itu, saya dibawa melihat kawasan sekitar selain ditemuramah pelajar kolej berkaitan isu global, Gaza, Islamophobia dan terkait Islam amnya,” katanya menerusi kenyataan Facebooknya.

Turut sama dalam majlis itu isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh dan Pengetua dan pengurusan Kolej Al-Taqwa.

Sementara itu lapor Bernama, ketika berkongsi pandangan bersama penuntut di Kolej Al-Taqwa, Anwar menekankan kepetingan ilmu, kebijaksanaan, nilai-nilai murni,dan tingkah laku beretika ke arah mencapai perubahan positif.

Jelas Anwar, ia bermula dengan diri sendiri selain berpegang teguh dengan ajaran agama Islam yang menganjurkan pembangunan peribadi dan kekuatan moral sebagai langkah ke arah transformasi masyarakat yang lebih luas.

“Berikan kredit kepada idealisme anda terhadap penindasan, rasuah dan salah guna kuasa. Anda mahukan lebih banyak keadilan dan belas kasihan selain ingin menghentikan ketidaksamaan”, katanya ketika melawat dan melancarkan Kompleks Sukan Kolej Al-Taqwa di Trughania,di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam semalam bagi lawatan rasmi sulungnya ke Australia atas jemputan rakan sejawatnya Anthony Albanese.

Menurutnya, lawatan ini akan memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Australia selain mencipta peluang dan manfaat yang terbaik untuk rakyat dan negara.

“Lawatan ini juga atas jemputan rakan sejawat saya Anthony Albanese yang mana ia akan melibatkan beberapa mesyuarat dan pertemuan penting, perbincangan meja bulat dan juga secara langsung dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac.

“Sayugia, saya percaya lawatan ini akan mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala, sementelahan ia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap dan menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021.

“Kita akan bekerja sepenuhnya dan memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Australia selain mencipta peluang dan manfaat yang terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran Facebook rasminya pada Ahad.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne Jet Base, pada pukul 10.45 malam waktu tempatan.

Anwar juga akan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat