120 kereta bugi di Kelab Golf Seriemas musnah terbakar

NILAI: Sebanyak 120 kereta bugi (buggy) musnah dijilat api dalam kebakaran membabitkan kawasan penyimpanan kereta bugi di Kelab Golf Seriemas, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bomba menerima laporan kejadian itu pada kira-kira 2.37 pagi.

Beliau berkata susulan laporan, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Water Tanker bersama 35 pegawai dan anggota dari tiga balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban 2, dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 3.23 pagi dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan. Tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, pengawal keselamatan kelab golf berkenaan, Shamrasizu Shamsuddin yang merupakan saksi kejadian berkata beliau terdengar letupan kuat di bahagian tingkat bawah kelab golf semasa membuat rondaan awal pagi tadi.

“Saya bersama rakan sekerja telah melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati api mula marak di bahagian tingkat bawah bangunan.

“Api merebak dengan pantas dan kawasan itu dipenuhi dengan asap tebal. Saya dalam keadaan cemas terus memaklumkan kepada penyelia saya yang kemudian bertindak menghubungi talian kecemasan MERS999,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

– BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...