Agong Ziarah, Santuni Mangsa Banjir Di PPS Rompin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli berangkat menziarahi dan menyantuni mangsa banjir di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Keratong, Rompin, Pahang.

Menurut kenyataan Istana Negara di Facebook, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Yang Dipertua Majlis Daerah Rompin Ahmad Nasim Mohd Sidek dan pemimpin setempat.

Pada lawatan itu yang bermula 12 tengah hari, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa dua jam menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Keratong 1 dan PPS Sekolah Kebangsaan Keratong 2.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di dua PPS tersebut dengan harapan ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung akibat musibah banjir,” menurut kenyataan itu.

Sejumlah 96 mangsa banjir daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Keratong 1, manakala 211 mangsa daripada 61 keluarga pula di PPS Sekolah Kebangsaan Keratong 2.

Selesai lawatan, Seri Paduka Baginda berkenan singgah di restoran Kentucky Fried Chicken Bandar Rompin untuk santapan tengah hari. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat