Watikah Calon Simbolik Satu Amanah, Satu Perjuangan – Reezal Merican

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan watikah pencalonan yang diterimanya hari ini sebagai satu amanah dan satu perjuangan untuk parti dan rakyat.

“Watikah ini simboliknya satu amanah, satu tuntutan, satu perjuangan, tidak lain mempertahankan Barisan Nasional, yang telah sekian lama bertapak, memberi khidmat (kepada rakyat) di Kepala Batas.

“Sekian lama ikhtiar kita membangunkan Kepala Batas ini sehingga menjadikan ia kawasan yang Alhamdulillah, saya boleh sifatkan amat berdaya huni dan Insya Allah pastinya lebih banyak manfaat akan dibawakan untuk limpahan kemakmuran Keluarga Kepala Batas,” kata Reezal, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau dipetik berkata demikian menerusi kenyataan di Facebook selepas hadir menerima watikah calon BN yang ditandatangani Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO juga Pengerusi BN daripada Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, hari ini.

Dalam nada yang lebih tegas, beliau bertekad membawa gema suara dan janji perpaduan telah diikrarkan itu untuk memenangi semula hati rakyat.

“Ini saat awal kita menjulang kembali mandat rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat