‘Stalking’ adalah jenayah mulai tahun ini -Mas Ermieyati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberikan komitmen agar menghendap atau ‘stalking’ diwartakan sebagai jenayah di Nalaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, bahawa “usaha untuk menjadikan menghendap sebagai satu jenayah telah bermula sejak tahun 2019 di mana satu Jawatankuasa Anti-Stalking telah ditubuhkan. Sejak awal 2020, draf pindaan undang-undang (pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah) telahpun disediakan oleh Jawatankuasa Anti-Stalking, yang diterajui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan penglibatan
agensi-agensi kerajaan lain dan NGO.

Malah beliau turut memberi keyakinan bahawa kerajaan memberikan komitmen agar menghendap dijadikan sebagai satu jenayah di negara ini.

“Satu mesyuarat telah diadakan di Parlimen semalam bagi membincangkan status kemaskini mengenai usaha menjenayahkan menghendap – ataupun “stalking”. Mesyuarat ini diurusetiakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan dihadiri oleh agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, wakil-wakil dari pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Women’s Aid Organisation (WAO) dan ahli-ahli akademik.

“Dalam mesyuarat ini juga, tiga orang pemandiri menghendap telah berkongsi pengalaman mereka sebagai mangsa yang masih tidak diberikan perlindungan disebabkan jurang yang wujud dalam undang-undang sedia ada. WAO juga telah menyerahkan memorandum yang telah ditandatangani oleh 52 kumpulan dan petisyen yang disokong lebih 8,500 orang setakat ini, kepada Timbalan Menteri, yang menggesa Kerajaan segera menjenayahkan menghendap,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Susulan usaha itu, sehingga ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri Mas Ermieyati berhasrat untuk mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli Parlimen, agensi-agensi kerajaan dan NGO berkaitan untuk memberikan gambaran kepada orang ramai dan lebih memahami kesan perbuatan ini kepada masyarakat.

“Kertas Dasar berserta cadangan pindaan undang-undang dijangka untuk dibentangkan di Jemaah Menteri pada bulan Disember 2021 dan pindaan tersebut akan dibentangkan di Parlimen setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat