28,033 Unit Rumah Untuk Anggota Tentera Akan Dibina – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28,033 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang selesa dan kondusif dari 2021 hingga 2030 akan dibina kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, kerajaan melalui Kementerian Pertahanan memberi tumpuan khusus kepada agenda perumahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut beliau, antara usaha dilaksanakan ialah merangka Blueprint Perumahan 2.0 yang bermatlamat untuk membina 28,033 unit RKAT yang selesa dan kondusif dari 2021 hingga 2030, selain menyelenggara RKAT sedia ada di seluruh negara.

“Saya pernah menjadi Menteri Pertahanan sebelum ini, justeru saya menyedari dan memahami keperluan perumahan bagi anggota ATM. Mengambil kira jumlah anggota ATM di seluruh negara ketika ini, pembinaan RKAT baharu di seluruh negara adalah satu keperluan,” katanya ketika berucap merasmikan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Taman LTAT, Bukit Jalil, pada Rabu.

Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein: Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Ismail Sabri berkata, ketika beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed dan beberapa lagi pihak berkepentingan merangka Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), salah satu agenda yang menjadi keutamaan di bawah bab pertahanan ialah agenda perumahan anggota tentera.

“Alhamdulillah, RMK-12 sudah pun dibentang dan diluluskan, saya juga umumkan bahawa menerusi perancangan lima tahun ke hadapan negara, kerajaan akan membina kira-kira 10,200 unit RKAT dan kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

“Penting untuk saya maklumkan, 1,509 unit sudah pun dalam proses pembinaan, manakala 7,343 unit lagi sedang dalam proses perolehan,” katanya memetik BH.

Beliau berkata, sebanya 2,000 unit RKAT yang bakal dinamakan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) akan dirasmikan hari ini yang memenuhi 85 peratus keperluan anggota ATM di Lembah Klang.

“Perbincangan dan persetujuan untuk menjadikan rumah mampu milik yang dibangunkan oleh LTAT di Bukit Jalil ini sebagai RKAT telah dilaksanakan semasa saya menjadi Menteri Kanan Pertahanan.

“Saya anggap ini sebahagian daripada langkah penting ke arah kesejahteraan Keluarga Malaysia. Lebih-lebih lagi, rumah yang bakal saya rasmikan hari ini, bukan rumah kosong, sebaliknya dilengkapi perabot, perkakas elektrik dan fasiliti riadah serta sosial seperti dewan serbaguna, jimnasium, surau dan unit kedai yang mana sangat selesa dan kondusif untuk didiami,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat