Usul tindakan tegas terhadap Emmanuel Macron dibincang di kamar khas

- Advertisement -

CYBERJAYA: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini membenarkan usul khas daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dibahas dan dirundingkan di kamar khas.

Azhar berkata, beliau membenarkan usul yang dibawa oleh Mahfuz itu kerana ia “perkara tertentu”, “berkepentingan orang ramai”, dan “perlu”.

“Saya bersetuju bahawa usul yang dicadangkan melibatkan kepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan. Oleh itu saya membenarkan usul itu dibahasakan dan dirundingkan di kamar khas pada hari ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz mengemukakan usul di bawah Peraturan 18 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya kerajaan mengambil tindakan tegas dengan menyatakan bantahan keras terhadap kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Katanya, usul tersebut dikemukakan susulan kenyataan Macron yang telah membuat kenyataan berunsur Islamofobia dengan berselindung di sebalik alasan kebebasan bersuara.

Mahfuz yang juga naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) juga menegaskan usul berkenaan melibatkan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan kerana tidak mahu perkara itu menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Saya menyeru agar Dewan yang mulia ini mengecam dan mengritik kenyataan Presiden Perancis tersebut disamping tidak bersetuju dengan pembunuhan ke atas Samuel Party yang sewajarnya diserahkan kepada proses undang-undang.

“Sesungguhnya, saya percaya bahawa sensitiviti keagamaan seharusnya dihormati di mana kepelbagaian agama seharusnya membawa kepada keharmonian dan perpaduan, dan bukannya menimbulkan konflik sesama manusia,” katanya.

Mahfuz juga turut menyeru ahli-ahli Dewan Rakyat tanpa mengira kaum bersama menyokong usul yang dikemukakan itu.

Macron baru-baru ini membuat satu kenyataan mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.

Macron dilaporkan berikrar akan berjuang untuk menentang kumpulan radikal Islam selepas tragedi seorang guru sejarah dipenggal pada 16 Oktober lalu kerana menunjukkan gambar Nabi Muhammad kepada pelajarnya.

Bagaimanapun, kenyataan pemimpin itu mengundang kritikan penduduk Islam seluruh dunia termasuk ada yang membakar gambar Macron di Syria dan Pakistan selain membakar bendera Perancis di Tripoli, Libya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat