PM Umum Pelantikan Anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Pengkuatkuasaan

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan tiga anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan untuk tempoh 3 tahun berkuatkuasa pada 1 November 2020.

Pelantikan tersebut telah diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Ybhg Tan Sri Mahmood bin Adam, Ybhg Tan Sri Dato’ Wira Aziah binti Ali dan Ybhg Dato’ Alizatul Khair binti Osman Khairuddin dilantik  bagi melengkapkan barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan .

“Pelantikan ini melengkapkan barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sedia ada dimana Ybhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi, Ybhg Tan Sri Datuk Zaitun Ali sebagai Timbalan Pengerusi, Ybhg Dato’ John Louis O’hara dan YBrs. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod,” kata kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu lagi, dengan pelantikan ini barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan akan terus memacu matlamat dan kotmitmen EAIC memartabatkan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan seliaan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,546FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat