11 Sept ini mahkamah tetapkan tarikh lawatan lokasi Zara ditemui tak sedarkan diri

KUALA LUMPUR – Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan Khamis minggu depan untuk lawatan ke lokasi Allahyarham Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri ketika insiden pada awal pagi, 16 Julai lalu.

Koroner Amir Shah Amir Hasaan menetapkan lawatan itu di sekolah arwah Zara Qairina di Kinarut, Papar itu pada jam 9.30 pagi, 11 September ini.

Sebelum itu, ketika prosiding pagi tadi, Pegawai Pengendali yang juga Pengarah Pendakwa Raya Negeri, Nahra Dollah memohon kepada mahkamah untuk mengadakan lawatan lokasi pada Jumaat, 12 September.

Bagaimanapun, tarikh itu tidak dipersetujui peguam mewakili pesalah kanak-kanak sebelum Koroner Amir Shah mencadangkan tarikh baharu pada 11 September.

Lawatan itu nanti akan disertai Koroner, pihak berkepentingan, pemerhati dan saksi berkaitan bagi melakukan identifikasi di lokasi kejadian, lapor BH di Sabah pada Rabu.

Arwah Zara ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asramanya pada kira-kira jam 4 pagi, 16 Julai lalu sebelum dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

Pendengaran inkues di Mahkamah Koroner bersambung jam 2 petang ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat