Anggota TUDM hilang sejak 24 Ogos ditemukan selamat di Ampang Jaya

KUALA LUMPUR – Polis menemui seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu, tengah hari tadi.

Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, ditemui di sebuah kediaman di kawasan Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, setakat ini pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah berhubung kehilangan anggota terbabit.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, menemui anggota terbabit dalam keadaan selamat, tanpa sebarang kesan kecederaan.

“Setakat ini, kita sedang meneliti punca sebenar kehilangannya,” lapor BH pada Rabu.

Difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ammar dilaporkan hilang selepas menyertai Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT) TUDM Bandar Kinrara, dibenarkan pulang bersama peserta lain pada 22 Ogos lalu.

Semua peserta kursus diarahkan melapor diri semula pada 25 Ogos lalu namun dia gagal berbuat demikian sebelum satu laporan polis dibuat oleh pegawai penyelia kursus pada hari sama.

Berdasarkan siasatan polis sebelum ini, Ammar yang bertugas di Pangkalan Udara Subang dekat sini, kali terakhir dilihat berada di Sungai Kedondong pada 23 Ogos kira-kira jam 4.30 petang.

Pada 24 Ogos kira-kira jam 6 petang, rakan sebilik kursus cuba menghubunginya namun mendapati telefon bimbitnya dimatikan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat