Rekod baru Ejen Ali

- Advertisement -

FILEM animasi pendek, Ejen Ali Misi: Juang terbitan bersama Primeworks Studios dan WAU Animation mencatat satu lagi kejayaan apabila diumumkan sebagai pemenang dalam kategori Program TV Animasi 3D Kanak-kanak Terbaik di acara ContentAsia Awards 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Rangkaian TV Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Ejen Ali Misi : Juang adalah karya yang membuka mata dunia mengenai kemampuan Malaysia dalam industri animsi 3D.

“Menjadi satu kebanggaan apabila Ejen Ali Misi : Juang dicalonkan dan diumumkan sebagai pemenang dalam acara anugerah ini.

“Kami berkongsi kegembiraan atas kejayaan ini bersama rakan kami, WAU Animation yang bertanggungjawab menghasilkan karya animasi ini dan menyampaikannya dengan cara yang begitu unik.

“Ejen Ali Misi: Juang kini membuka mata dunia mengenai kemampuan teknikal Malaysia dan bagaimana kita mengangkat perjuangan petugas barisan hadapan,” katanya.

Menurutnya, karya ini juga turut menyajikan mesej perpaduan kepada setiap penonton.

“Pada masa sama, karya ini juga turut mengetengahkan budaya serta kepelbagaian bangsa dengan cara yang sangat memberi impak kepada penonton,” katanya.

 

JADIpemenang kategori Program TV Animasi 3D Kanak-kanak Terbaik ContentAsia Awards 2021.
JADIpemenang kategori Program TV Animasi 3D Kanak-kanak Terbaik ContentAsia Awards 2021.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan pengarah Ejen Ali Misi: Juang, Usamah Zaid Yasin berkata, kemenangan ini adalah hasil kerja keras setiap anggota pasukan.

“Penghargaan ini saya tujukan kepada WAUriors (pasukan WAU Animation) yang bekerja keras untuk Ejen Ali Misi: Juang, yang bekerja di rumah dalam situasi pandemik yang sukar ini.

“Pasukan ini menghasilkan satu karya yang kreatif dan begitu bersemangat kreativiti mereka terus menerus disalurkan dalam proses pembikinan karya ini,” katanya.

Menurutnya, ini juga adalah platform untuk pasukan pengkaryanya menunjukkan rasa penghargaan kepada petugas barisan hadapan.

“Kami rasa sangat berbangga di atas kemenangan ini dan ini adalah satu pencapaian dan menjadi matlamat kami untuk menyampaikan sesuatu kepada petugas-petugas barisan hadapan kita,” katanya.

Dilancarkan di YouTube sejak 25 Disember tahun lalu, Ejen Ali Misi: Juang mendapat lebih 16.7 juta tontonan dan membawa mesej penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta kerja keras mereka melawan Covid-19.

Karya ini juga turut menampilkan wajah yang tidak lagi asing di Malaysia iaitu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai watak cameo yang turut menentang kejahatan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat