Penyanyi lagu parodi terharu dipanggil menghadap TMJ

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Azman Naim, 36, yang popular dengan lagu parodi di media sosial sangat terharu apabila sudah tiga kali dipanggil menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim berkata, dia tidak sangka usaha kreatifnya diambil serius serta diminta pandangan untuk ambil bahagian bersama memajukan rakyat negeri Johor.

“Saya terharu dan bangga bukan kerana diri saya semata-mata. Sebaliknya bangga kerana pandangan serta pendapat saya diambil serius oleh baginda.

“Baginda memiliki visi dan berpandangan jauh demi memajukan rakyat Johor terutama aspek pendidikan, kuasa ekonomi dan melakukan persiapan rapi merealisasikan impian itu” katanya.

Azman berkata, dalam tiga pertemuan itu, mereka banyak membincangkan isu-isu berat dan serius sebegitu.

“Baginda turut menyatakan suka dengan pendekatan saya menggunakan media sosial untuk ketengahkan isu rakyat,” katanya.

Menurut anak jati Kulai, Johor itu, dia menghadap Tunku Ismail hujung bulan lalu.

Katanya, pada mulanya dia agak berdebar dan tidak tahu apa inti pati perjumpaan itu.

“Memang agak gementar juga dan risau sekiranya tidak sediakan apa-apa. Rupa-rupanya perjumpaan dengannya sangat kasual kerana baginda sangat merendah diri.

“Saya memang tahu baginda seorang yang bersifat begitu, tapi tidak sangka pula tahap rendah dirinya buat saya sebagai rakyat biasa rasa sangat kerdil dan percakapannya juga sangat lembut.

“Bagaimanapun, apabila masuk perbincangan mengenai isu rakyat, nampak ketegasannya di situ. Baginda memiliki perancangan yang terbaik untuk anak-anak Johor,” katanya.

Terdahulu, Azman tular apabila video parodinya menerusi lagu My Sejahtera Way mendapat perhatian luar biasa termasuk Tunku Ismail yang mahu berjumpa dengannya.

Lagu terbabit diambil daripada lagu asal berjudul My Way nyanyian Frank Sinatra dan liriknya ditulis dan diubah sendiri oleh Azman.

Dia mula memuat naik video lagu parodi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat