Arang Batu Turun, Tarif Elektrik Dijangka Lebih Rendah Tahun Depan – TNB

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

BANGI – Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas semasa.

Bagaimanapun presiden/ketua pegawai eksekutifnya Amir Hamzah Azizan menegaskan keputusan itu bergantung pada Suruhanjaya Tenaga (ST) yang akan membuat penilaian lebih terperinci sebelum mencadangkan perkara itu kepada Kabinet.

ST dijangka mengumumkan tarif baru pada penghujung tahun ini bagi tempoh Januari-Jun 2021 selepas mendapat persetujuan Kabinet.

Beliau berkata, harga arang batu pada masa ini adalah sekitar RM43 satu tan berbanding RM65 satu tan tahun lepas, sekali gus memberi sedikit penjimatan.

Namun tegas beliau, penilaian kadar tarif itu akan turut berdasarkan pergerakan dan anggaran harga arang batu dan gas bagi tempoh sehingga penghujung tahun ini.

“TNB adalah di bawah pengawasan ST dan ini berdasarkan skim kawal selia berasaskan insentif (IBR). Segala perbezaan di antara harga arang batu dan gas akan diletakkan di bawah Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

“Oleh itu terpulang kepada Kementerian (Tenaga dan Sumber Asli) serta ST (bagi memutuskannya).

“Jika kita lihat, apa yang dibuat oleh kerajaan dalam Mac sehingga hujung tahun ini adalah menggunakan sebahagian wang daripada KWIE bagi tujuan diskaun (untuk pengguna ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2020 di sini hari ini yang turut dihadiri oleh pengerusi TNB, Mahdzir Khalid.

Sementara itu, Mahdzir berkata, YTN menerima lebih 7,700 permohonan biasiswa bagi pengajian luar negara serta di Uniten (Universiti Tenaga Nasional) bagi tahun ini.

Menurutnya, hanya 470 orang yang merupakan pelajar lepasan SPM 2019 disenarai pendek dan dipanggil menghadiri temu duga.

“TNB dan YTN berhasrat dapat membentuk pelajar ini yang tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut memperkasakan bakat kepimpinan tinggi dalam diri mereka.

“Ini bertepatan sekali dengan kriteria pemilihan penerima biasiswa YTN, iaitu bukan sekadar kecemerlangan akademik, tetapi faktor kemampuan memimpin, penglibatan aktif dalam sukan serta mempamerkan sikap positif,” katanya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...