Haiza kendali konti radio secara solo

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tanda tanya kedudukan penyampai radio popular, Haiza terjawab apabila kontraknya masih disambung.

Pengumuman status Haiza dilakukan menerusi sidang media secara virtual rangkaian radio Media Prima Berhad, Media Prima Audio (MPA). Ia diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran, hari ini.

Mengulas perkara itu, Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, 41, meluahkan rasa syukur dengan berita diterima.

“Saya akui, perasaan berdebar tidak mampu disembunyikan sepanjang menanti keputusan pihak pengurusan. Alhamdulillah, berkat doa keluarga, rakan dan peminat, rezeki saya masih berpanjangan di stesen radio Buletin FM (dahulu Kool FM).

“Segala-galanya berlaku begitu pantas. Saya mendapat tahu kontrak disambung menerusi kiriman e-mel. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan yang masih menaruh kepercayaan pada saya.

“Penghargaan tidak terhingga ingin diberikan kepada pendengar yang tidak pernah jemu menyokong saya dalam dunia penyiaran radio,” katanya kepada BH Online.

 

Haiza sedih terpaksa berpisah dengan rakan seperjuangan yang bertugas bersama, AG dan Muaz. - Foto IG Haiza
Haiza sedih terpaksa berpisah dengan rakan seperjuangan yang bertugas bersama, AG dan Muaz. – Foto IG Haiza

 

Walaupun teruja, jauh di sudut hati penyanyi popular menerusi lagu Dag Dig Dug itu, dia tetap sedih terpaksa berpisah dengan rakan seperjuangan yang bertugas bersama.

“Saya dan AG Azmeer bermula sejak awal penubuhan Kool FM (Buletin FM). Masa itu, bilik konti tidak seperti hari ini. Kemudiannya, barulah Muaz menyertai kami untuk slot pagi, PHD Kool.

“Hubungan kami sudah seperti adik beradik. Jika bergurau kasar pun, tiada sesiapa akan tersinggung. Apabila kami terpisah atas dasar kerja, sudah tentu saya rasa sedih.

“Untuk tugas baharu ini, saya tidak bertugas pada waktu pagi kerana tempat saya diambil alih oleh penyampai radio baharu, Ally Iskandar dan Hawa Rizwana.

“Saya akan mengendalikan slot Santai Siang Bersama Haiza antara jam 10 pagi hingga 3 petang menggantikan tempat Rea,” ujar penyanyi kelahiran Benut, Pontian ini.

Mengulas tanggungjawab baharu itu, Haiza berkata, cabaran besar menantinya apabila mengendalikan slot Santai Siang Bersama Haiza secara solo.

“Buat kali pertama saya akan bertugas secara solo dan ini adalah satu cabaran. Berdasarkan hala tuju diberikan, saya perlu memacunya bersesuaian dengan usia saya.

“Justeru, saya perlu menyajikan lebih banyak bahan terkini dan mengenengahkan topik bersesuaian untuk dibincangkan kumpulan pendengar sasaran,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat