Hafarizam Harun Dilepas Tanpa Dibebaskan -Mohd Nazlan-

- Advertisement -

CYBERJAYA: Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun dilepas tanpa dibebaskan atas dua pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM15 juta oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusuf memberitahu mahkamah pendakwaan memohon Hafarizam dilepas tanpa dibebaskan dari semua pertuduhan, dan pihak pendakwa raya akan memfailkan permohonan pertuduhan baru terhadap tertuduh di Mahkamah Sesyen.

“Pertuduhan pertama adalah cacat kerana ia melibatkan dua transaksi pada April dan November 2014, kata Ishak kepada Mohd Nazlan.

“Hakim Mohd Nazlan Mihd Ghazali yang mendengar permohonan lisan oleh pihak pendakwa raya untuk menarik balik kes ini memutuskan tertuduh dilepas tanpa dibebaskan atas dua pertuduhan tersebut.

“Keputusan ini membolehkan pendakwaan membuat pertuduhan baru di Mahkamah Sesyen seperti yang dikatakan oleh pihak pendakwaan. Dan permohonan untuk saya menarik diri daripada mendengar kes ini direkodkan sebagai tarik balik oleh pihak pembelaan, kata Hakim Mohd Nazlan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat