Bekas Pemain Bola Sepak Negara Meninggal Dunia

- Advertisement -

GEORGE TOWN, 3 Ogos — Bekas atlet Olimpik dan pemain bola sepak negara  V. Krishnasamy meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di sini semalam selepas sekian lama menghidap diabetes.

Krishnasamy, 72, dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat.

Kematian Krishnasamy, atlet pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, disifatkan sebagai kehilangan besar bagi sukan bola sepak tanah air.

Bekas rakan dalam pasukan Penjara Malaysia, Khalil Hashim, 73, berkata Krishnasamy merupakan seorang pemain yang hebat.

“Samy macam mesin bila berada di atas padang dan beliau tidak pernah kelihatan penat serta mempunyai keserasian dengan kesemua rakan sepasukan. Saya bertemu dengan beliau minggu lepas di rumah jagaan warga emas di Bukit Gelugor dan beliau kelihatan macam biasa.

“Saya mengenali Samy sejak lebih 50 tahun tahun dan terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memberitahu Samy telah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah pengebumian di Paya Terubong, di sini hari ini.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat