PRN: Mahathir Akan Terbang Ke Sabah

- Advertisement -
CYBERJAYA – Bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau akan mengunjungi Sabah sebelum pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di negeri itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat Sabah akan menghukum 13 anggota dewan undangan negeri (Adun) yang berpaling tadah kepada bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman.

“Saya akan pergi ke Sabah kerana saya mendapati bahawa apa yang berlaku di Sabah adalah contoh rasuah yang sangat buruk.

“Saya dapati 13 Adun yang keluar dari parti kerajaan negeri ditawarkan wang. Mereka disogok. Ini sesuatu yang ingin kita hapuskan.

“Mereka akan ditolak sepenuhnya oleh rakyat Sabah kerana mereka tidak boleh dipercayai. Mereka ini hanya ikut duit, bukan ada prinsip. Apabila mereka mendapat duit, mereka melompat,” katanya dalam satu bual bicara.

Mahathir berkata pihak yang bertanggungjawab membuat sogokan itu adalah orang yang sama yang sebelumnya memerangi rasuah.

“Saya dapati bahawa amalan rasuah lama yang ingin kita hapuskan telah muncul di Sabah.

“Apa yang menyedihkan adalah orang yang sebelum ini memerangi rasuah adalah orang yang kini terlibat secara langsung dalam memberi rasuah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat