Azmin jangan sabotaj total lockdown gara-gara nak lanjut darurat – Aziz Kaprawi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Janganlah hendak menuduh rakyat mempunyai mentaliti kelas ketiga sekiranya pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri yang tidak serius dalam penguatkuasaan,” kata Datuk Aziz Kaprawi.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu mendesak Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI ) untuk segera menghentikan urusan ‘pintu belakang’ meluluskan operasi syarikat di luar sektor keperluan sekiranya ada.

“Sekiranya Kerajaan PN mahukan PKP 3.0: ‘Total Lockdown’ ini adalah yang terakhir, maka buatlah betul-betul.

“Jangan pula yang hendak sabotaj ‘total lockdown’ semata-mata untuk memanjangkan lagi tempoh darurat!, tegas Aziz dalam catatan di Facebooknya.

Kata beliau hantaran Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri semalam mengenai pintu hadapan telah ditutup menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kesepakatan Kerajaan PN untuk memastikan PKP 3.0: total lockdown untuk benar-benar berjaya.

Jelas Aziz lebih mengejutkan lagi apabila hari pertama Total Lockdown ini dilaksanakan, MITI mengumumkan terdapat lebih daripada 95,000 syarikat telah mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa tempoh tersebut.

“Saya menjangkakan lebih banyak lagi syarikat yang akan mendapat kebenaran tersebut dalam tempoh beberapa hari ini.

“Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) telah mengumumkan bahawa hampir 60 peratus kluster penularan wabak Covid-19 adalah berpunca daripada kluster kilang dan kluster tapak pembinaan.

“Pada masa yang sama, kluster penularan melalui komuniti pula hanyalah sekitar 12 peratus sahaja.

“Jelas melalui angka yang diterbitkan oleh CPRC ini menunjukkan bahawa sektor ‘ekonomi taikun’ ini terus dibenarkan beroperasi walaupun ia merupakan kluster tertinggi penularan wabak ini,” kata beliau. SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat