Annuar hadiah tablet kepada pelajar di Ketereh yang ulang-alik 20km pinjam laptop kawan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa terpanggil untuk menghulur bantuan kepada pelajar di Parlimennya yang berdepan kesukaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dalam ciapan di Twitternya, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengarahkan pelajar berkenaan untuk segera ke pusat khidmat Parlimen Ketereh bagi mendapatkan seunit tablet.

“Saya terbaca kisah pelajar tingkatan 5 di Kampung Banggol Lepah.

“Saya minta dia ke pusat khidmat serta-merta, saya hadiahkan sebuah tablet untuk kegunaan belajar,” kata Annuar.

Terdahulu, Malaysiakini ada melaporkan satu artikel dari Kelantan “Derita pelajar tanpa peranti: Ulang-alik 20km pinjam laptop kawan”.

Seorang pelajar tingkatan lima, Anis Natasha Junoh, mencerikatan bagaimana sebelum ini dia terpaksa ke rumah kawan sekelasnya – yang terletak 10km dari rumahnya – hanya untuk meminjam komputer riba dan mendapat capaian internet yang selesa.

Dan jarak yang perlu ditempuh pelajar yatim piatu dan berusia 17 tahun itu setiap kali mahu meminjam komputer riba ialah kira-kira 20km.

Ditemui Malaysiakini di Kampung Banggol Lepah, Ketereh Anis Natasha memberitahu sejak kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya pada 2007 dia dan adiknya Ammy Nazira, 16, tinggal bersama ibu saudara mereka.

Anis Natasha baru berusia 3 tahun ketika dia dan adiknya menjadi yatim piatu.

“Di kampung ini memang tiada capaian internet. Kalau ada pun, kadang-kadang saja. Oleh sebab itu saya terpaksa pergi tumpang rumah kawan untuk mendapatkan akses internet selain berkongsi komputer riba untuk belajar,” katanya.

Bagaimanapun itu bukanlah berita terburuk buat pelajar terbabit.

Katanya jika sesi persekolahan dibuka dan sekatan pegerakan penuh masih belum ditarik balik, dia akan berdepan masalah juga kerana tidak boleh ke rumah kawannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat