HPKK UKM Dipilih Tempat Pandu Lalu Suntikan Vaksin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memilih Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) sebagai lokasi untuk dijadikan tempat pemberuan vaksin secara pandu lalu dan mobil.

Menteri KPT, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Program ini akan memfokuskan kepada penduduk di kawasan bandar dan luar bandar terutama bagi mereka yang mempunyai masalah capaian akses kepada vaksin, masalah kemudahan kenderaan untuk mendapatkan vaksin dan lain-lain lagi.

“Saya bersama dengan Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengadakan lawatan ke Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) bagi melihat lokasi untuk dijadikan tempat pemberian vaksin secara pandu lalu dan mobil.

” Program ini akan memfokuskan kepada penduduk di kawasan bandar dan luar bandar terutama bagi mereka yang mempunyai masalah capaian akses kepada vaksin, masalah kemudahan kenderaan untuk mendapatkan vaksin dan lain-lain lagi. Ini menjadikan PPV IPT di HCTM sebagai PPV kedua yang menyediakan khidmat pemberian vaksin secara pandu lalu selepas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan pertama untuk mobil,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, KPT komited untuk menggerakkan semua tenaga kerja kesihatan UA dan HPU yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Pensyarah Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat untuk terlibat dalam PPV IPT bagi memastikan sasaran 150,000 dos vaksin sehari akan dapat dicapai menjelang akhir Jun 2021. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat