Maqis Serah 6.6 Tan Daging Kerbau Hasil Rampasan Kepada Penjara dan Zoo

- Advertisement -

BUTTERWORTH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyerahkan kira-kira 6.6 tan daging kerbau sejuk beku yang telah dilucutkan hak kepada Zoo Taiping, Perak dan Penjara Marang, Terengganu.

Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, penyerahan produk membabitkan hasil rampasan sejak Mac lalu itu untuk dijadikan makanan haiwan di zoo dan sumber makanan ternakan ikan keli di bawah program pemulihan banduan di penjara terbabit.

Jelas beliau, penyerahan itu membabitkan 414 karton atau 6,620 kilogram daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM52,676.20 yang tidak mematuhi prosedur pengimportan melalui Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBTC) di sini.

“Penyerahan keluaran pertanian itu adalah salah satu cara pelupusan selepas kita melakukan sitaan dan pelucutan hak mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penyerahan produk itu kepada wakil Zoo Taiping dibuat Noriah di NBCT semalam manakala kepada wakil Penjara Marang pula diserahkan hari ini.

Menurut Noriah, inisiatif itu diharap dapat membantu pihak berkenaan dari segi menyediakan bekalan sumber makanan kepada haiwan dan ternakan.

Ujar beliau, pihak sentiasa prihatin dalam membantu agensi yang memerlukan serta memastikan bekalan makanan haiwan yang diimport mencukupi.

“Dalam masa sama, kita akan terus memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit serta risiko kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dikawal,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat