CYBERJAYA, 3 Mei 2026 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkanatau menyebarkan kandungan berkait isu kaum, agama dan institusi diraja (3R),khususnya yang bersifat provokatif, menghina, menghasut kebencian atau bolehmencetuskan ketegangan awam.
MCMC memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan platform dalam talian yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi bagi mengelakkan salah faham atau permusuhan.
MCMC akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan untuk memantau, menyiasat serta mengambil tindakan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang.
Pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda hingga RM500,000, penjara dua tahun, atau kedua-duanya.
MCMC turut mengambil tindakan terhadap penyedia platform yang tidak memberi kerjasama, dan mengingatkan mereka supaya mematuhi undang-undang serta mencegah penyalahgunaan perkhidmatan.



