Tiada PRK Di DUN Melor – Takiyuddin

KOTA BHARU: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor berikutan kematian penyandangnya, Md Yusnan Yusof, pada Jumaat lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau menjelaskan, ia kerana tempoh darurat yang sedang berkuat kuasa tidak membenarkan PRK diadakan, selain DUN Kelantan juga menghampiri tempoh matang.

“Kalau kita melihat kekosongan sebelum ini… sebagai contoh di Batu Sapi… Proklamasi Darurat bermakna dalam tempoh darurat tidak akan ada pilihan raya. Selain itu, jika sudah cukup penggal (tempoh matang DUN) juga tiada pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri kepada Imam, Guru Halaqat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini.

Sehingga kini, pemakluman kekosongan kerusi DUN berkenaan belum diumumkan oleh Speaker DUN.

Md Yusnan meninggal dunia di rumahnya di Melor, di sini, selepas mengalami serangan jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir 2.28 pagi Jumaat lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Romaini Mat Daud, 52 dan enam orang anak.

Md Yusnan memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilhan Raya Umum ke-13 dan ke-14.

– Astro Awani

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Khamis Ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri...