JKNK Masih Menunggu Keputusan Rayuan Tiga Peniaga Dikompaun RM50,000

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) masih menunggu keputusan rayuan tiga peniaga yang dikompaun RM50,000.

Menurut pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, kes kompaun tinggi membabitkan peniaga burger, colek dan kedai runcit itu merupakan kes pertama di Kelantan yang dikemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan.

“JKNK telah mengemukakan kertas siasatan kepada Putrajaya untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini belum terima apa-apa maklumat dan saya percaya ia akan diterima dalam masa terdekat.

“Ini kali pertama kami kemukakan kes kepada Putrajaya untuk mendapat jawapan,” katanya.

Beliau mengulas kes peniaga dikenakan kompaun tinggi kerana prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Tiga peniaga dikompaun selepas beroperasi lebih masa pada malam 25 April lepas.

Kompaun itu dikeluarkan berdasarkan Akta 342 Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat