ADUN Lantikan Sabah, Jaffari William Sertai Bersatu

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan Sabah, Jaffari William menamatkan teka-teki haluan politiknya apabila secara rasmi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Libaran itu mengetuai penyerahan 12,744 borang keahlian daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara (PKN) kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvenyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

“Kemasukan kita pada malam ini sebanyak 12,744 orang terdiri daripada NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) yang dinaungi oleh Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Kita mempunyai 13 Pengerusi PKN Sabah, termasuk dari Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tenom, Keningau, Labuan, Sipitang, lepas itu kita ada lagi Pemuda Negara dengan Wanita Muda menyertai kemasukan ke Bersatu pada malam ini,”katanya.

Pada era pentadbiran Warisan Plus, Jaffari pernah dilantik sebagai ADUN lantikan.

Dia bagaimanapun mengumumkan keluar PKR bersama-sama 3,144 ahli daripada 23 ranting parti di Cabang Libaran pada 28 Februari 2020.

Selepas Pilihan Raya Negeri Sabah, dia kembali dilantik ke jawatan sama dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat