Kapal bawa Muatan Diesel Terbakar, Dua Kru Cedera

GEORGETOWN – Dua kru melecur tahap dua pada badan apabila kapal membawa muatan diesel terbakar di Harbour Trade Centre, Lebuh Macallum, Pengkalan Weld, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran kapal itu pada 4.02 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, BBP Jalan Perak, BBP Bagan Jermal dan BBP Bayan Baru dikejarkan ke lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati api dipercayai tercetus di bahagian pam yang digunakan bagi menyalurkan minyak ke kapal lain.

“Dua lelaki masing-masing terdiri warga tempatan berusia 30-an dan warga India berusia 50-an mengalami melecur pada badan, manakala dua lagi kru berjaya menyelamatkan diri.

“Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran dan kita sedang melakukan pemantauan bagi memastikan keselamatan kapal,” katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, kapal terbabit membawa muatan sebanyak 150,000 liter diesel dan pihaknya sedang mengenal pasti berapa lama keberadaan kapal itu di negeri ini.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut,” katanya. – HMetro

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...