2,500 Kes Baru Covid, 18 Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 hari ini menurun ke bawah angka 3,000 dengan 2,500 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 417,512 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 637 kes diikuti Kelantan (401) dan Sarawak (356).

Ia diikuti Johor dengan 205 kes; Kuala Lumpur (200); Pulau Pinang (194); Kedah (103); Negeri Sembilan (97); Melaka (95); Perak (59); Sabah (57); Pahang (55); Terengganu (38) dan Putrajaya (tiga), sementara Labuan serta Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 18 kes kematian baharu direkodkan mejadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 1,551 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 2,068 kes sembuh dilaporkan dan kes aktif sebanyak 30,753 kes.

Katanya, seramai 352 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 186 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, selain itu, sembilan kluster baharu dikenal pasti melibatkan masing-masing tiga kluster komuniti dan kluster tempat kerja, dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, serta satu kluster pusat tahanan. – Awani

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

‘Hanya Vaksin Pfizer-BioNTech Sesuai Untuk Ibu Mengandung’ – Khairy

KUALA LUMPUR: Hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau memberitahu, vaksin akan...

COVID-19: Malaysia Rekod Kes Kematian Tertinggi

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan angka kematian baharu COVID-19 tertinggi hari ini dengan 45 kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu setakat ini...

Agong, Permaisuri Berkenan Tunai Solat Hajat Untuk Palestin

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan...