Usaha Beri Vaksin Kepada Petugas Barisan Hadapan Perlu Ditingkatkan – Zahidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan agar usaha menyediakan vaksin COVID-19 kepada petugas barisan hadapan, termasuk pihak media dan keluarga mereka dipertingkatkan lagi.

Zahidi berkata ini kerana terdapat segelintir pekerja dalam kategori barisan hadapan belum menerima vaksin berkenaan.

“Petugas barisan hadapan ini dilihat cukup penting, sebab itu kerajaan dan kalau boleh syarikat swasta, perlu memberi segala kemudahan dan bantuan terutamanya kepada barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program penyerahan kit kesihatan diri pencegahan COVID-19 kepada isi rumah petugas barisan hadapan negara.

Program anjuran Pertubuhan Perubatan Sukan dan Senaman Sedunia (WSSEM) itu akan mengagihkan sebanyak 500 hingga 1,000 kit kesihatan pencegahan COVID-19 yang dilengkapi pelitup muka dan pensanitasi tangan kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.

Sebagai permulaan, kit itu akan diberikan kepada petugas media yang sentiasa menjalankan tanggungjawab membuat liputan berita. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat