12 peserta muda buka tirai kursus PSH 2025 di KKSB

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SABAK BERNAM – Seramai 12 peserta muda berumur 12 tahun membuka tirai tahun baharu 2025 dengan mengikuti Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) selama satu hari di Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB).

Ini merupakan penyertaan sulung bagi kursus PSH di daerah ini dengan para peserta terdiri murid-murid dan guru dari SRITI Al-Iman, dekat sini.

“Mereka telah mengikuti dua kursus pendek secara teknikal iaitu Rekabentuk Grafik menggunakan Canva pada sebelah pagi melibatkan pensyarah KKSB dari Unit Pengajian Am.

“Manakala pada sebelah petang kursus Penghasilan Creampuff dengan bimbingan pensyarah dari Unit Pemprosesan Teknologi Makanan.

“Kursus rekabentuk grafik pula menggunakan Canva telah memberi peluang kepada para peserta muda ini untuk mempelajari asas-asas dalam menghasilkan poster dan bahan digital yang menarik.

“Peserta didedahkan dengan cara-cara menggunakan elemen grafik, tipografi, serta susun atur yang sesuai untuk menghasilkan rekaan yang profesional.

“Kursus penghasilan creampuff yang dijalankan telah memberikan pengalaman menarik kepada peserta muda ini dalam bidang masakan,”katanya.

“Mereka mempelajari teknik-teknik asas dalam menyediakan doh choux, membuat inti krim yang lazat, serta kaedah menghias creampuff untuk kelihatan lebih menarik.

“Kursus ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membuka peluang kepada peserta untuk meneroka kemahiran baharu dalam dunia kulinari, ” menurut kenyataan oleh KKSB.

“Penglibatan para peserta dalam kursus ini menunjukkan semangat pembelajaran yang tinggi serta keinginan untuk menimba ilmu di luar bilik darjah.

“Selain mempelajari kemahiran baharu, aktiviti ini turut memupuk semangat kerjasama dan kreativiti dalam kalangan peserta, ”ujarnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat