UMNO Akan Tanding Lebih Kurang 96 Daripada 222 Kerusi Parlimen – Tok Mat

Sultan Selangor Titah Patuh SOP, Sambut Sederhana Perayaan Thaipusam

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sambutan perayaan Thaipusam dilakukan secara sederhana di rumah masing-masing mengikut prosedur operasi standard...

Ismail Sabri Bantu Tanggung Bayaran Sewa Rumah Siti Azizon

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi sumbangan peribadi bagi membayar rumah sewa sebanyak RM1,000 sebulan kepada ibu tunggal...

Bukit Aman Siasat Anwar Berkaitan Proklamasi Darurat – Laporan

CYBERJAYA - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang...

15 Kluster Baru Tempat Kerja Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 di tempat kerja menjadi penyumbang tertinggi kluster baharu hari ini, yang merekodkan 15 daripada 17 kluster. Ketua Pengarah Tan Sri...

3,680 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,680 kes dengan tujuh kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak...

REMBAU – UMNO menyasarkan untuk bertanding tidak kurang daripada 96 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setelah mengambil kira rundingan dengan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berdasarkan formula awal perundingan, UMNO juga akan mempertahankan 55 kerusi yang dimenangi pada PRU14 lepas.

“Kerusi kepada UMNO, itu kerusi yang kita susun atur, yang kita menang dan dapat nombor dua (tertinggi undi) (pada PRU14). Kita juga dapati ada kerusi rakan-rakan BN yang mereka tak pernah menang, kerana pengundi di situ mahu calon Melayu, misalnya.

“Secara dasarnya, komponen BN pun bersetuju (isu pembahagian kerusi). Dalam PRU15, kita nak menang, mesti menang untuk tubuhkan kerajaan bukan kerusi untuk bermegah-megah. Kita mesti teliti setiap kerusi, geopolitik, corak pengundi dan lokaliti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau, di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengatakan UMNO hanya akan bekerjasama dengan Pas tanpa membabitkan Bersatu dalam PRU15, Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, sebarang keputusan adalah berdasarkan keputusan parti.

“Itu hak dia (Tajuddin) untuk bercakap, bukan keputusan parti lagi. Untuk keputusan parti boleh bawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO akan datang,” katanya.

Ditanya susulan keputusan beberapa UMNO Bahagian yang menolak kerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRU15, Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Kerusi bagi UMNO berkata, parti itu terlebih dahulu perlu membina kekuatannya sendiri tanpa perlu menolak kerjasama berkenaan.

Sementara itu, mengenai kenyataan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, yang berpendapat UMNO tidak boleh bergerak secara solo, Mohamad berkata, parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.

“Jangan kata kita kalau bersendirian kita tidak boleh menang…selama ini pun kita berseorangan juga, namun pada PRU14 lepas, kita ada buat kesilapan sedikit. Tetapi kalau ada kerjasama lagi baik, kalau tiada kerjasama pun yang penting kita perkasakan diri sendiri dan parti,” jelasnya.

Annuar pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh semalam menegaskan UMNO tidak boleh ‘bersendirian’ dalam arena politik sekiranya ingin memperoleh kejayaan dalam PRU15, kerana bergerak secara solo bukanlah satu formula kemenangan kepada parti itu. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Bukit Aman Siasat Anwar Berkaitan Proklamasi Darurat – Laporan

CYBERJAYA - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang...

15 Kluster Baru Tempat Kerja Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 di tempat kerja menjadi penyumbang tertinggi kluster baharu hari ini, yang merekodkan 15 daripada 17 kluster. Ketua Pengarah Tan Sri...

3,680 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,680 kes dengan tujuh kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak...