UMNO PUTRAJAYA SOKONG MUHYIDDIN

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...

Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia

CYBERJAYA - Bapa kepada pelakon komedi Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek, 60, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, Isnin, lapor SinarPlus. Menurut...

95 Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Sebanyak 130 hospital swasta di negara ini dikenal pasti mempunyai kemampuan merawat pesakit kategori tiga ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr....

PUTRAJAYA, 3 Jan (Bernama) — UMNO Bahagian Putrajaya hari ini membuat ketetapan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat gesaan agar parti itu menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketuanya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bahagian itu juga meminta semua Ahli Parlimen UMNO untuk meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Tidak ada kata-kata kononnya jangan sokong kepimpinan Muhyiddin dan sebagainya kerana saya sendiri tahu bahawa kita yang minta Muhyiddin jadi Perdana Menteri dan UMNO sepatutnya dukung la kerana telah menubuhkan kerajaan bersama Muhyiddin.

“Saya amat hairan yang menyuarakan masalah-masalah ini (tidak sokong) adalah orang-orang yang kalah bukan yang menang (pilihan raya), jadi saya harap jangan keruhkan situasi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata bahagian itu juga kekal dengan ketetapan menolak kerjasama dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa 143 daripada 191 bahagian parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu, Tengku Adnan berkata bahagian terbabit mungkin mengalami sedikit pergeseran yang boleh diperbaiki.

“Presiden sebut oleh kerana akar umbi telah sebut tetapi saya berkeyakinan jika Presiden dan Majlis Tertinggi duduk bersama-sama dengan biro politik, kita boleh perbaiki keadaan untuk beri satu kesinambungan kerana saya berharap Bersatu dan UMNO satu hari nanti bercantum balik,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya semasa mesyuarat itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata beliau merupakan antara individu yang terlibat menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan meminta Muhyiddin menerajui kerajaan.

“Ini kerana saya tahu apa yang kita lakukan adalah demi agama, bangsa dan negara, dan yang penting agama Islam dan Orang Melayu, itu kepentingan kita untuk kebaikan agama, bangsa dan agama,” katanya.

Mengenai desas-desus bahawa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan meninggalkan UMNO, Tengku Adnan berkata beliau percaya Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu seorang yang rasional dan akan terus bersama dengan UMNO.

“Jangan kita ada syak wasangka kerana macam-macam yang ditulis (di media sosial), ini durjana yang paling besar, kadang-kadang saya tak baca pun,” katanya. – BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Rasuah RM2 Juta: Rayuan Ku Nan terhadap sabitan dan hukuman didengar 22 April

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta...

Selepas setahun kes pertama Covid-19, kami masih setia berjuang’ – KKM

CYBERJAYA: Warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak Covid-19 setelah setahun kes pertama dikesan dinegara ini setahun...