CLAB dilantik agen program pemutihan data pekerja asing

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah diberikan peranan sebagai agen pemutihan data pekerja asing.

CIDB dalam kenyataan di sini memaklumkan, pada 20 Mei lalu mesyuarat jawatankuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia mengenai Pengurusan Pekerja Asing, telah meluluskan cadangan CIDB bagi penambahbaikan tatakelola pengurusan pekerja asing sektor pembinaan dalam dan luar negara.

Menurutnya, inisiatif ini bagi mengurangkan jurang data pekerja asing antara CIDB dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta khusus kepada pekerja asing yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan telah berada di dalam negara namun masih belum memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan.

“Program pemutihan pekerja asing sektor pembinaan perlu dilaksanakan dengan kadar segera yang akan tamat pada 31 Disember ini.

“Ianya selaras dengan keperluan dan penetapan Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Pindaan 2011) dibawah Seksyen 33 (1).

“Akta ini menyatakan, seseorang tidak boleh terlibat, atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat, atau diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga,” kata kenyataan itu di sini pada Selasa.

Tambahnya, pelanggaran terhadap seksyen di atas boleh disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit kepada majikan dan pekerja binaan.

“Pendaftaran Kad Pendaftaran Personel Binaan boleh dilakukan dengan menyertai Program Pemutihan Kad Personel Binaan di bawah kendalian CLAB dengan menghubungi talian 03-2095 9599 dan maklumat lanjut sila layari www.clab.com.my.

“Semua pihak diseru untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini dalam meningkatkan kesejahteraan pekerja asing dan pematuhan undang-undang.

“Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak dalam industri pembinaan adalah penting dalam menjayakan program ini,”tambahnya lagi .-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat