JPJ laksana ‘Ops Khas Motosikal’ selama dua bulan – Aedy Fadly

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan ‘Operasi Khas Motosikal’ selama dua bulan mulai 1 November hingga 31 Disember ini di seluruh negara terhadap penunggang dan pemilik motosikal bagi pematuhan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah – Kaedah di bawahnya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan di sini, berkata pelaksanaan operasi ini, susulan statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan dengan kematian secara bulanan telah direkodkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan motosikal sebanyak 1,908 atau 70%.

Beliau berkata, bagi mensasarkan pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh sukuan ke-3 dan ke- 4 pada tahun ini, penguatkuasaan ini untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang dan pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Menurutnya, bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian, pihak JPJ akan memfokuskan kepada lapan kesalahan utama seperti tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan motor (LKM) atau tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Kesalahan lain, melanggar isyarat lalu lintas (lampu merah), ubahsuai kenderaan (extreme), tidak memakai topi keledar, lumba haram serta kesalahan lain (teknikal), ”katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

“Kerjasama pengguna jalan raya khususnya penunggang dan pembonceng motosikal agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain demi keselamatan ketika di jalan raya.

“Usaha ini juga untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya, selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM), ”katanya.

“Orang awam diseru untuk melaporkan aduan secara terus atau real time menerusi Aplikasi MyJPJ : e-Aduan@JPJ atau emel [email protected] beserta dengan butiran lengkap aduan, ”katanya lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat