PKR Bincang Semula Calon Di Sungai Buloh

- Advertisement -

CYBERJAYA: PKR akan mengadakan perbincangan berhubung pencalonan Datuk R. Ramanan sebagai wakil Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Sungai Buloh.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapat maklum balas pengundi di kawasan Sungai Buloh mengenai pencalonan Ramanan.

“Saya akan berbincang dengan Datuk Anwar Ibrahim mengenai maklum balas pengundi-pengundi di Sungai Buloh mengenai calon PKR setakat ini.

“Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

Semalam, BN mencalonkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh.

Pengumuman itu difahamkan mencetuskan kebimbangan penyokong PKR jika kerusi Parlimen Sungai Buloh itu ditawan BN berikutan kehadiran Khairy di kawasan itu.

Rafizi sebelum ini meminta calon PH agar tidak mengambil mudah terhadap kehadiran Khairy di mana-mana kerusi ditandingi meskipun di kubu kuat PH memandangkan penyandang Parlimen Rembau itu mempunyai kekuatannya tersendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat