Anak Najib Bertanding Di DUN Peramu Jaya

- Advertisement -

CYBERJAYA: Anak sulung Datuk Seri Najib Razak, Mohamad Nizar, dipilih sebagai calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya.

DUN Peramu Jaya merupakan salah satu daripada DUN bawah Parlimen Pekan yang disandang bapanya sebelum ini.

Senarai 42 calon BN bagi bertanding DUN Pahang diumumkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini.

Penyandang kerusi Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, pula akan bertanding di Parlimen Pekan, kerusi yang disandang keluarga Najib selama 63 tahun sejak Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak Hussein.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pula mempertahankan kerusi DUN Jelai.

Pada PRU kali ini, BN Pahang akan bertanding di 42 kerusi DUN Pahang dengan menampilkan 27 muka baharu bagi DUN, manakala lapan muka baharu pula daripada 14 calon Parlimen.

Daripada jumlah kerusi DUN itu, 34 kerusi ditandingi UMNO dan enam (MCA) bagi kerusi DUN, manakala 11 kerusi UMNO dan tiga kerusi MCA di Parlimen.

Bagaimanapun, dua calon bagi kerusi Sabai dan Cheka tidak diumumkan hari ini.

Wan Rosdy berkata, kombinasi muka baharu dan lama adalah ramuan yang strategik bagi memastikan kesinambungan inisiatif yang telah dirancang serta percambahan idea segar dan baharu.

Katanya, calon yang dibariskan adalah mewakili semua parti komponen berdasarkan persetujuan dan persefahaman yang jelas atas semangat dan muafakat BN.

“Tidak berlaku pergeseran atau masalah yang besar dalam merunding dan membahagikan kerusi antara parti komponen BN,” katanya.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga calon Parlimen Bera.

Pada PRU-14, BN Pahang memenangi sembilan daripada 14 Parlimen manakala kerusi DUN pula BN memenangi 25 daripada 42 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat