Shahidan tolak Calon Mesin Padi, Tak Pernah Jejak Kaki Ke Bahagian

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim secara peribadi tidak mempunyai masalah tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Namun, apa yang mengecewakannya ialah, nama calon yang diumumkan bukan daripada senarai lima calon yang dihantar bahagian itu ke UMNO pusat.

Malah, calon yang diumum semalam merupakan seorang calon yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Arau, dakwa Shahidan.

“Kalau calon itu daripada kriteria calon boleh menang saya tiada masalah, bukannya calon mesin padi dan tidak pernah jejak kaki ke bahagian ini.

“Saya secara peribadi tiada masalah sekiranya tidak dipilih untuk bertanding, namun calon penggantinya itu mestilah seorang yang boleh membawa kemenangan kepada parti,” katanya lapor Berita Harian.

Berdasarkan pengumuman rasmi calon BN semalam, nama Shahidan digugurkan daripada bertanding di Parlimen Arau dan digantikan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman atau dikenali sebagai ‘Tok Ben’ dalam kalangan orang Perlis.

Nasib yang sama juga menimpa penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi berkenaan selepas tempatnya digantikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Susulan itu juga, Shahidan menempelak dan menggesa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya melepaskan jawatannya dan digantikan dengan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menerajui parti utama orang Melayu itu selepas ini.

“Pandangan saya senang, BN akan kembali pulih kalau Zahid berhenti dan tak bertanding (dalam PRU-15).

“Malah, saya lebih senang memilih calon pengganti yang ada memegang jawatan dalam peringkat bahagian Arau, ini langsung tiada jawatan dalam bahagian,” katanya.

Shahidan mendedahkan bahawa calon penggantinya itu pernah menghubunginya bagi memaklumkannya untuk bertanding di Parlimen Arau namun ia tidak mendapat restu di peringkat bahagian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat