Sesi Persekolahan Mac 2022 Jadi Panduan Sesi Persekolahan 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan 2023 dan tahun-tahun akan datang bakal diperhalusi bersandarkan kepada panduan takwim persekolahan 2022 yang bermula Mac akan datang.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperhalusi kesesuaian takwim persekolahan untuk tahun 2023 dan seterusnya.

“Oleh itu, sesi persekolahan tahun 2022 yang bermula pada bulan Mac akan dijadikan sebagai panduan untuk perancangan pengoperasian sekolah akan
datang,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang bertanyakan sama ada tempoh persekolahan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah untuk tahun 2023 dan ke hadapan akan terus bermula pada bulan Mac seperti pada tahun 2022.

Radzi memberitahu, KPM menyedari bahawa sesi persekolahan secara bersemuka untuk tahun 2021 tidak dapat dilaksanakan seperti mana kebiasaan.

Oleh yang demikian katanya, KPM telah membuat ketetapan untuk melanjutkan sesi persekolahan tahun 2021 sehingga bulan Februari tahun 2022.

“Pelanjutan sesi ini membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan kesediaan murid untuk mengikuti tahun persekolahan berikutnya.

“Di samping itu, pelanjutan ini membolehkan murid Tingkatan 5 tahun 2021 mendapat peluang dan persediaan yang secukupnya untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada bulan Mac 2022.

“KPM komited untuk memastikan murid terus mendapat akses pendidikan dengan meneliti kesesuaian sesi persekolahan selaras dengan
situasi semasa khususnya pasca pandemik COVID-19,” jelas Radzi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat