PRN Melaka: PAS Guna Logo PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti PAS yang bermesyuarat malam ini meluluskan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung pada 20 November ini.

Menurut Presidennya, Dato’ Seri Hj Hadi Awang, ketetapan menggunakan logo PN itu telah diputuskan di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung sebentar tadi.

Kesemua yang hadir mesyuarat bersetuju dan meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, ujar Hj Hadi.

“Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama’ PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.” Katanya melalui kenyataan media PAS Pusat. -SuaraTV

Berita lanjut menyusul

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat