PM hadir kempen PRK Pelangai hari ini

- Advertisement -

BENTONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyertai kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, petang ini.

Merujuk poster kempen yang beredar, antara pimpinan dijangka hadir adalah Presiden Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Selain itu turut hadir bersama-sama dalam kempen berkenaan adalah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Presiden Parti Demokratik Progresif, Tiong King Sing dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Anwar dijangka ke Felda Chemomoi sempena Karnival Segalanya FELDA bagi Felda Wilayah Mempaga dan disebelah malam akan berada di Kenduri Rakyat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Bagi acara kemuncak kempen PRK DUN Pelangai, Anwar akan berada di Ceramah Mega Perpaduan Madani yang diadakan di Dataran Simpang Pelangai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat