Kembara Sains Borneo 2, catat peningkatan pengunjung melebihi sasaran – Arthur

- Advertisement -

NABAWAN – Kembara Sains Borneo (KSB) anjuran Pusat Sains Negara (PSN) dan Akademi Sains Malaysia menerima sambutan hangat di Sabah dan mencatatkan bilangan pengunjung melebihi sasaran yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, seramai 19,408 komuniti terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dibawakan dalam KSB di Kimanis dan Kalabakan.

“KSB Siri 2 Pensiangan yang diadakan kita telah merekodkan sejumlah 3,000 pengunjung pada hari pertama menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 22,408 pengunjung.

“Jumlah ini telah berjaya melepasi sasaran yang telah kita tetapkan sebanyak 10 ribu pengunjung,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup KSB Siri Dua 2023.

Menyifatkan KSB Siri 2 yang dianjurkan PSN sebagai satu kejayaan, beliau percaya jumlah keseluruhan pengunjung ini akan berganda di sepanjang pelaksanaan program KSB Siri 2 Parlimen Pensiangan.

“Secara umumnya, kita dapat melihat sambutan yang amat baik daripada komuniti di setiap lokasi KSB terutamanya komuniti pedalaman Sabah.

“Saya yakin dengan data-data dan maklum balas yang kita terima daripada para pengunjung, program jangkau luar seperti KSB dapat kita pertimbangkan sebagai program berkala yang wajar dilaksanakan bagi memastikan aspek pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dilaksanakan secara menyeluruh,” kataya.

Ulasnya lagi, program jangkau luar pembudayaan STI dapat membantu negara melahirkan modal insan bagi menampung permintaan dalam industri berasaskan teknologi yang menawarkan potensi ekonomi serta peluang pekerjaan dengan menawarkan gaji lumayan.

PSN membawakan bahan pameran interaktif bernilai hampir RM2 juta yang dibawakan khas daripada Kuala Lumpur bagi memberi pengalaman kepada semua peringkat masyarakat supaya dapat merasai keseronokan pembelajaran dalam bidang STI.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat