Bacaan tinggi IPU tidak sihat di Cheras, Kuala Lumpur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini mencatat bacaan sehingga 164, iaitu di Cheras dan Kuala Lumpur.

Menurut laman rasmi, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 16 kawasan mencatat IPU tidak sihat setakat pukul 10.30 pagi ini.

Selain itu, di Nilai dan Seremban pula masing-masing mencatat bacaan pada tahap 163 dan 158.

Bagi kawasan Putrajaya mencatat bacaan IPU pada tahap 156, Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting di Selangor (157), Port Dickson di Negeri Sembilan (156) sementara tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap 153 iaitu di Bukit Rambai, Melaka.

Bacaan sama turut direkodkan di Batu Muda, Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor.

Dalam pada itu, turut mencatat bacaan IPU melebihi 100 ialah Klang, Selangor (152), Alor Gajah, Melaka (138), Taiping, Perak (137), Seberang Jaya, Pulau Pinang (107) dan Tangkak, Johor (104).

Sementara itu, 45 stesen APIMS di seluruh negara mencatat bacaan IPU sederhana, manakala tujuh stesen lagi merekodkan bacaan baik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat